Monday, October 13, 2014

red velvet!

assalamualaikum,

actually selalu nak menulis, sebab suka. Tapi, kalau nak menulis perlukan moo. tak datang-datang mood ni sampailah hari ini :D moga2 dapat habiskan satu entry ni malam ni. Rasa-rasanya dah kene start berblog semula, sebagai satu jalan mengisi masa lapang. hehe. Hari ini di Jepun, ada badai taufan melanda. Dah dua hari terperuk dalam rumah, stress. dah la duduk sorang2, nak keluar takut, takut poko jatuh atas kepala.. nauzubillah T.T

So, i got idea today, to make cupcakes. red velvet cupcakes menjadi pilihan. Selama ini dok letak gam bar hat Facebook, kawan-kawan dok mintak resepi, tak boleh lagi lah nak abgi..Pasalnya lupe!! hehehe.. sekarang, sementara masih ingat, boleh lah teruskan untuk menulis resepi ini.Alhamdulillah..

So, kek saya today, kek dah sedap dah, tapi tang aising tu sedap, tapi tak dapat mcm yang diidamkan. takpe teruskan berusaha! rasa insyaAllah boleh kira sedap..

So, resepi kek red velvet ni jom saya share ye!

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek ( 薄力粉)
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah (kalau kat Jepun, pewarna serbuk tu, agak2 merah la..bagi banyak sikit, baru kek cantik )
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 biji telur A
  • esen vanila
Topping
  • 1 kotak cream cheese ( biasa kalau pergi supa, memang ada saiz tu je) lebih kurang 227g - biarkan pada suhu bilik
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1/2 cups powder sugar, sugar aising..sugar ni manis
  • 2/3 cups (160ml) cold heavy whipping cream ( 35%~40%)


Cara Buat :

**Buttermilk ( kalau kat malaysia, ada yang dah siap, tapi kita buat la kat sini, cara nya, amik 1 cup of fresh milk/low fat pom bole, then perch jus lemon lebih kurang 1 sudu besar.. dan biarkan selama 20minit)

  • Masukkan bahan yang bertanda * semua sekali, ayak kesemua sekali.
  • Pada bekas yang lain, satukan minyak, gula, telur, gunakan electric mixer/hand mixer dan pukul sampai kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Biasanya 5minit saya pukul, kembang lah.. tak pandai sgt, agak-agak nampak fluffy tu, kembang lah tu.
  • Selepas dah kembang, masukkan buttermilk tadi dan pewarna.Kacau sampai sebati. ( Saya guna whisk jer)
  • Then, masukkan semua bahan yang telah diayak tadi, gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis sampai semua well mixed.
  • afterthat, panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Kat sini, oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu. Kalau tak kek tak naik cantik. Panaskan lebih kurang 10minit.
  • Then, isi adunan ke dalam cupcakes satu2. Masukkan 2/3 dari acuan Meaning lebih kurang separuh lebih.
  • after oven dah panas, bole bakar pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 30minit.
untuk topping
  • Pukul cream cheese sampan smooth. Selepas itu, masukkan sugar dan esen vanila.
  • selepas tu, dengan guna whisk, masukkan whip cream. pukul sampai thick and enough to pipe it. Beware, jangan overbeat. Bila overbeat, whip cream tu akan keluar air, kalau day jadi macam tu, boleh buang dan buat lain. haha. saya sampai hari ini tak pass sgt tang cream cheese ini.
*** make sure cake sejuk dahulu, baru pipe kan frosting.



saya guna adunan yang sama je bila buat cake or cupcakes. hehe. pada tepi cake tu saya letak almond flakes and atas tu saya letak lebihan kek! saya prefer cake rather than cupcakes. hehe. but, yang mane2 pon rasa sama jer kalau dah orang yang buat tu sama kan!

Selamat mencuba! renyah buat kek ini, sebab die memang kene ikut one by one step and amounts. Kalau tak, memang tak jadi cake, bagi amateur macam saya ni. Tapi mak saya pernah pesan, buat cake memang kene ikut betul2 each sukatan. Buat kek tak macam memasak, bole campak-campak. Saya pernah campak2 buat cake dulu2, memang tak jadi hahaha..

oke, setle red velvet entry. Entry lain menyusul! 

really tq sebab sudi membaca :X